Skip to main content

Fakta Mengenai Bunga Matahari

fakta bunga matahari


1) Benih bunga matahari digunakan untuk menghasilkan minyak masak, ubat, cat, makanan haiwan dan biodiesel.

2) Bunga matahari tertinggi pernah tumbuh di Belanda hasil daripada M. Heijmf pada tahun 1986 dengan ketinggian 25 kaki 5½ inci.

3) Kepala bunga matahari yang terbesar dengan diameter 32½ inci tumbuh di Kanada.

4) Lebih dari 60 jenis bunga matahari telah ditemui di seluruh dunia.

5) Dalam beberapa tahun terakhir,debunga matahari yang baru telah dicipta. Kaedah ini bukan sahaja mengurangkan risiko asma seseorang yang alah kepada debunga, tetapi ia juga menambah jangka hayat bunga itu sendiri.

6) Helianthus, nama saintifik bunga matahari adalah kombinasi dua perkataan, Helios yang bermaksud matahari dan Anthos, bermaksud bunga.

7) Bangsa Aztec juga menyembah bunga matahari kerana mereka menganggap ia adalah bentuk Dewa Matahari. Mereka memasukkan imej bunga matahari yang diperbuat daripada emas di dalam kuil mereka dan juga memahkotakan puteri-puteri mereka dengan bunga matahari.

8) Hany adad satu sahaja bunga matahari yang boleh mempunyai lebih 2 000 benih.

9) Bunga matahari boleh tumbuh dari ketinggian 3 kaki hingga 18 kaki dan hanya memerlukan 90 hingga 100 hari untuk matang.

10) Orang Peranchis memanggil bunga matahari 'tournesol' yang secara harfiah bermaksud 'turn with the sun" dalam bahasa Inggeris.

11) Selepas bencana nuklear Chernobyl di Ukraine pada tahun 1986, bunga matahari digunakan untuk menghilangkan serpihan nuklear merbahaya daripada badan air yang berdekatan. Operasi sama dilakukan pada tahun 2011 selepas bencana nuklear Fukushima Daiichi.

12) Kansas diberi nama Negeri Bunga Matahari. Bunga matahari menjadi bunga negeri ini pada tahun 1903.

Comments

Popular posts from this blog

Fakta Mengenai Rama-Rama

Fakta Mengenai Mickey Mouse