Skip to main content

Fakta Mengenai Pablo Picasso

fakta pablo picasso


1. Pablo Picasso lahir pada 25 Oktober 1881 di Málaga, Sepanyol.

2. Pablo Picasso dilahirkan sebagai Pablo Diego José Francisco de Paula Juan Nepomuceno María de los Remedios Crispiniano de la Santísima Trinidad Ruiz y Picasso.

3. Keluarga Picasso adalah keluarga kelas pertengahan.

4. Picasso sentiasa mempunyai minat dan keghairahan untuk melukis.

5. Picasso mula mahir melukis pada usia yang sangat muda.

6. Menurut ibu Picasso, María Picasso y López, perkataan pertama yang Picasso pernah sebut adalah "piz", ringkasan dari perkataan Sepanyol "lápiz" yang bermaksud "pensel".

7. Pada tahun 1890, Picasso menerima latihan formal seni dalam seni rajah dan seni minyak.

8. Picasso juga menulis puisi. Di antara tahun 1935 dan 1959, Picasso telah menghasilkan lebih 300 puisi.

9. Kebanyakan puisi itu tidak bertajuk.

10. Picasso juga mempunyai perempuan simpanan walaupun dia sudah berkahwin.

11. Picasso melawat Paris untuk pertama kali pada tahun 1900.

12. Dianggarkan Picasso telah menghasilkan hasil seni sebanyak 50,000.

13. Pada tahun 1967, Picasso menghasilkan arca awam di Chicago dan dinamakan Chicago Picasso. Dia mendermakan arca kepada bandar Chicago dan tidak ingin menerima bayaran. Tiada siapa tahu arca itu mewakili apa.

14. Picasso meninggal dunia pada 8 April 1973 di Mougins, Perancis.

15. Kata-kata terakhir Picasso adalah "Beban por mí, beban por mi salud, saben que yo ya no puedo beber" yang bermaksud "drink to me, drink to my health, you know I can't drink any more" dalam Bahasa Inggeris. Dalam bahasa Melayu bermaksud "minumlah (arak) untuk aku, minumlah untuk kesihatan aku, kamu tahu aku tidak mampu minum lagi".

16. Pada tahun 2004, hasil seninya, 'Garçon à la pipe' dijual dengan harga 104 juta dollar.

17. 4 tahun selepas kematian Picasso, perempuan simpanannya, Marie-Thérèse gantung diri.

18. Isteri Picasso, Jacqueline Roque tembak diri sendiri pada tahun 1986.

Comments

Popular posts from this blog

Fakta Mengenai Rama-Rama

Fakta Mengenai Bunga Matahari

Fakta Mengenai Kura-Kura