Skip to main content

Fakta Mengenai Perang Korea

fakta perang korea


1. Perang Korea bermula pada pukul 0430 (4:30 a.m) pada 25 Jun 1950 dan tamat pada 27 Julai 1953.

2. Orang Korea Utara yang lahir selepas Perang Korea pada lewat tahun 1950an secara purata 2 inci lebih pendek dari orang korea selatan.

3. Pada Mac 2013, Korea Utara mengumumkan gencatan senjata pada 1953 yang menghentikan perang adalah tidak sah.

4. Walaupun berjuta orang mati ketika Perang Korea, tiada pihak yang mendakwa mereka menang. Paling tidak, Korea Selatan boleh mendakwa mereka berjaya menghentikan Korea Utara daripada merampas negara mereka.

5. Ketika perang, Korea Utara disokong oleh Kesatuan Soviet dan China.

6. Korea Selatan pula disokong oleh Amerika Syarikat, Great Britain dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

7. Walaupun pelbagai negara menyertai Perang Korea, ia bukanlah "perang dunia".

8. 15 negara PBB yang menghantar bantuan askar ke Korea adalah Australia, Belgium, Kanada, Columbia, Filipina, Luxembourg, New Zealand, Thailand, Greece, Holland, Afrika Selatan, Turki, Great Britain, Perancis dan Ethiopia.

9. 4 negara yang menghantar bantuan perubatan adalah India, Itali, Norway dan Sweden.

10. Seperti perang lain, khidmat pelacuran disediakan kepada askar-askar ketika Perang Korea

11. Tentera Amerika Syarikat  menggunakan kira-kira 1,500 anjing ketika Perang Korea dan kira-kira 4,000 ketika Perang Vietnam.

12. Banyak askar mati kerana radang dingin (frostbite) sebelum sampai ke medan perang. Suhu di beberapa kawasan jatuh sehingga bawah sifar untuk jangka masa yang lama.

13. Perang Korea tidak menerima banyak perhatian media seperti Perang Dunia Kedua dan Perang Vietnam. Oleh yang demikian, ia dipanggil "The Forgotten War" (perang yang dilupakan)  atau "Unknown War" (perang yang tidak diketahui)

14. Di Korea Utara, perang ini dipanggil "Fatherland Liberation War"  (perang pembebasan tanah air).

15. Di China, Perang Korea dipanggil "The War to Resist U.S. Aggression and Aid Korea" (Perang untuk menentang keganasan Amerika Syarikat dan membantu Korea)

16. Kereta kebal yang paling berkuasa ketika Perang Korea adalah Centurion British 67 tan.

17. Kebanyakan peminat Kpop tak tahu pasal Perang Korea walaupun mereka obses dengan Korean Pop.

Comments

Popular posts from this blog

Fakta Mengenai Rama-Rama

Fakta Mengenai Mickey Mouse

Fakta Mengenai Kura-Kura