Skip to main content

FAKTA HARIAN - FAKTA Mengenai Leonardo Dicaprio

fakta leonardo dicaprio


1) Seorang jutawan Rusia pernah membayar 1.5 juta dollar untuk percutian angkasa lepas bersama Leo.

2) Pada tahun 2009, Leo dan Kate Winslet membantu membayar yuran rumah jagaan seorang mangsa terakhir Titanic yang terselamat, Millvina Dean. Begitu juga dengan pengarah James Cameron.

3) Leo memiliki kura-kura yang besar.

4) Pada tahun 2005, seorang wanita memukul Leo di muka dengan gelas wain selepas sebuah sebuah parti. Wanita itu dimasukkan ke penjara selama 2 tahun.

5) Leo dan Tobey Maguire pernah membuat filem yang sangat teruk sehingga Leo terpaksa menghalang filem itu ditayangkan di pawagam dan DVD di Amerika Syarikat.

6) Nama tengahnya adalah Wilhelm.

7) Leo memiliki sebuah pulau di Belize.

8) Dia merancang ingin mengubah pulau itu kepada resort mesra alam.

9) Pada tahun 2010, Leo menderma sebanya sejuta dollar untuk menyelamatkan harimau.

10) Leo pernah ditawarkan watak "Patrick Bateman " dalam "American Psycho". Dia menolaknya kerana semua peminatnya ketika itu adalah gadis remaja.

11) Leo juga menderma 3 juta dollar untuk menyelamatkan harimau-harimau di Nepal pada tahun 2013.

12) Leo pernah terselamat dalam serangan jerung.

13) Leo pernah hampir mati dalam terjun udara (Skydiving) dimana dia tidak dapat membuka payung terjunnya. Nasib baik, pengajarnya sempat menyambarnya dan menyelamatkan nyawanya.

14) Ayahnya pernah bekerja sebagai peniaga buku komik.

15) Leo pernah dipanggil oleh Vladimir Putin sebagai lelaki sejati.

16) Leo dinamakan Leonardo sempena nama Leonardo da Vinci kerana ketika ibunya (yang sedang mengandungkannya) merasa tendangan pertama Leo (dalam rahim), dia  sedang melihat lukisan Leonardo Da Vinci di muzium Itali.

17) Pada 2014, Yayasan Leo memberi 3 juta dollar untuk menyelamatkan hidupan laut.

18) Pada tahun 2007, Nicolas Cage pernah mengalahkan Leo dalam tawar-menawar (outbid) tulang dinosaur bernilai 276 000 dollar.

19) Dia pernah ditawarkan peranan Max Dennison dalam Hocus Pocus tetapi menolaknya.

20) Leo sedang memproduksi filem Twilight Zone.

21) James Cameron pernah memanggil Leo "punk manja" kerana beliau enggan ke anugerah Oscar pada tahun "Titanic" dicalonkan. Alasan Leo enggan pergi adalah dia tidak nampak kelebihannya jika dia tidak dicalonkan secara individu.

21) Leo menerima Academy Awards atau Oscar buat pertama kali pada tahun 2016.

Comments

Popular posts from this blog

Fakta Mengenai Rama-Rama

Fakta Mengenai Bunga Matahari

Fakta Mengenai Kura-Kura