Skip to main content

Fakta Mengenai Mickey Mouse

fakta mickey mouse


1. Walt Disney mencipta Mickey Mouse setelah dia kehilangan hak kepada karakter karun Oswald The Lucky Rabbit kepada Universal Pictures.

2. Mickey sepatutnya dinamakan Mortimer.

3. "Plane Crazy" adalah kartun Mickey Mouse pertama tetapi tidak dikeluarkan pada mulanya. "Steamboat Willie" adalah kartun Mickey Mouse yang pertama dikeluarkan dan ia mendapat sambutan hangat.

4.Hari jadi rasmi Mickey adalah pada 18 November 1928.

5. "The Opry House" adalah kartun Mickey Mouse pertama dimana Mickey memakai sarung tangan putih.

6. Perkataan pertama yang Mickey pernah sebut adalah "hot dogs!".

7. Walt Disney adalah pelatar suara Mickey dari tahun 1928 hingga 1946.

8. Mickey mempunyai dua anak buah bernama Morty dan Ferdie.

9. Mickey juga ada adik bernama Amelia Fieldmouse. Amelia adalah ibu kepada Morty dan Ferdie dan hanya muncul di dalam komik.

10. Di dalam cerita buku komik pada tahun 1930, Mickey pernah mencuba pelbagai cara untuk membunuh diri selepas mengesyaki Minnie curang padanya.

11. Mickey dan Minnie sudah berkahwin menurut Walt.

12. "The Band Concert" (1935) adalah kartun Mickey Mouse pertama yang ada warna.

13. Pada 1936, Jepun menganimasikan filem propaganda dimana gambar Mickey digunakan untuk mewakili Barat yang menyerang Jepun.

14. Pada 1978, Mickey adalah karakter kartun yang pertama mendapat bintang di Hollywood Walk of Fame.

15. "The Simple Things" adalah kartun Mickey terakhir yang ditayangkan pada 1953. Mickey tidak lagi muncul sehingga 1983 dalam kartunnya, "Mickey's Christmas Carol".


Comments

Popular posts from this blog

Fakta Mengenai Rama-Rama

Fakta Mengenai Bunga Matahari