Skip to main content

Fakta Mengenai Perang Dunia Kedua

fakta perang dunia kedua


1) Di antara tahun 1939 dan 1945, Pihak Bersekutu telah menjatuhkan 3.4 juta tan bom. Secara purata adalah 27,700 tan sebulan.

2) 80% warga Soviet lelaki yang lahir pada tahun 1923 tidak terselamat dalam Perang Dunia Kedua.

3) Pertempuran yang paling lama dalam Perang Dunia Kedua  adalah Battle of The Atlantic (Pertempuran Atlantik), dari tahun 1939 hingga 1945.

4) Daripada 40,000 orang yang berkhidmat di U-Boat semasa Perang Dunia Kedua, hanya 10,000 yang kembali.

5) NAZI telah membunuh kira-kira 20 juta orang Rusia dan hampir 6 juta orang Yahudi dibunuh dalam peristiwa Holocaust.

6) Orang Cina yang dibunuh oleh Tentera Jepun lebih banyak berbanding Yahudi yang dibunuh ketika Holocaust iaitu sebanyak kira-kira 23 juta.

7) Tentera Jepun telah membunuh kira-kira 30 juta orang Filipina, Melayu, Vietnam, Kemboja, Indonesia, Burma dan lebih kurang 23 juta daripadanya adalah etnik Cina.

8) Taktik Kamikaze oleh Tentera Jepun yang dicadangkan oleh Laksamana Onishi pada 19 Oktober 1944 adalah untuk menyeimbangkan kelebihan teknologi menyerang Tentera Amerika Syarikat. Walaupun bilangan ini dipertikaikan, kira-kira 2 800 juruterbang Kamikaze mati. Mereka berjaya menenggelamkan 34 kapal laut Amerika Syarikat, merosakkan 368, membunuh 4 900 nyawa dan mencederakan 4 800 orang.

9) Dari tahun 1940 sehingga 1945, bajet pertahanan Amerika Syarikat meningkat dari 1.9 bilion dolar kepada 59.8 bilion dolar.

10) Lebih dari 650,000 jeep dibina ketika Perang Dunia Kedua. Kilang-kilang Amerika Syarikat juga menghasilkan 300,000 pesawat tentera, 89,000 kereta kebal,3 juta mesingan dan 7 juta senapang.

11) Bagi setiap 5 tentera Jerman yang mati dalam perang, 4 daripada mereka mati dalam Eastern Front.

12) Negara yang mempunyai banyak angka korban pada Perang Dunia Kedua adalah Rusia, lebih 21 juta nyawa.

13) Dianggarkan 1.5 juta kanak mati ketika peristiwa Holocaust. Kira-kira 1.2 juta dari mereka adalah orang Yahudi dan puluhan ribu adalah Gypsy.

14) Rusia dan Red Army (Tentera Merah) dituduh melakukan beberapa jenayah perang termasuk pemerkosaan sistematik massa dan pembunuhan beramai-ramai.

15) Lebih 2 Juta wanita Jerman berumur 13-70 dikatakan telah diperkosa oleh Tentera Merah.

16) Kira-kira 600,000 Yahudi berkhidmat dalam Tentera Amerika Syarikat ketika Perang Dunia Kedua. Lebih dari 35,000 dibunuh ,cedera, diculik atau hilang. Kira-kira 8,000 pula mati dalam pertempuran. Walaubagaimanapun, hanya dua askar Yahudi yang mendapat anugerah Medal of Honor pada Perang Dunia Kedua.

17) Ketika Pearl Harbor diserang ,terdapat 96 kapal yang berlabuh. Ketika serangan, 18 kapal tenggelam atau rosak teruk termasuk juga 8 kapal perang. 2,402 orang Amerika terbunuh dan 1,208 cedera. 350 pesawat musnah atau rosak.

18) Kebanyakan sejarawan bersetuju Perang Dunia Kedua bermula apabila Jerman menyerang Poland pada 1 September 1939. Yang lain pula mengatakan ia bermula apabila Jepun menduduki Manchuria pada 18 September 1931 dan beberapa cendekiawan mencadangkan Perang Dunia Kedua sebenarnya adalah sambungan Perang Dunia Pertama dengan penghentian di antaranya.

19) William Hitler, anak buah Adolf Hitler berada dalam Tentera Laut Amerika Syarikat ketika Perang Dunia Kedua. Dia menukar namanya selepas perang.

20) John Wayne (Marion Robert Morrison) membintangi 14  wayang Perang Dunia Kedua namun tidak pernah berkhidmat dalam perang kerana kecederaan.

21) Selepas kekalahan pada Perang Dunia Pertama, Jerman dipaksa untuk menandatangani Treaty of Versailles (Perjanjian Versailles) pada 1919. Jerman kehilangan semua empayar luar negeri dan tanah kepada jirannya dan dihalang untuk mengekalkan tentera yang besar. Kebanyakan orang Jerman menentang perjanjian itu dan kebencian mereka membatalkan jalan penyelesaian dan mendorong kepada Perang Dunia Kedua.

22) Pertempuran kereta kebal terbesar dalam sejarah berlaku di antara Jerman dan Rusia di Kursk dari 4 sehingga 22 Julai 1943. Lebih dari 3,600 kereta kebal terlibat.

23) Tahanan perang di kem Rusia mengalami 85% kadar kematian.

24) Sebelum NAZI Jerman memutuskan untuk menghapuskan Yahudi menggunakan gas, ia telah dipertimbangkan untuk menghantar mereka ke pulau Madagascar.

25) Calvin Graham berusia 12 tahun ketika dia tersenarai dalam Tentera Laut Amerika Syarikat .Dia memenangi Bronze Star dan Purple Heart sebelum Tentera Laut tahu betapa muda umurnya ketika itu.

26) Pada tahun 1930, Tentera Amerika Syarikat mempunyai hanya dalam 130,000 askar, menjadikannya angkatan keenam belas terbesar di dunia, lebih kecil dari Czechoslovakia, Poland, Turki, Sepanyol dan Romania.

27) Tentera Udara adalah sebahagian daripada tentera pada Perang Dunia Kedua namun bukan cabang tentera yang berasingan sehingga selepas perang.

28) Jerman menggunakan jet pejuang supersonik pertama dalam Perang Dunia Kedua ,antaranya ialah Messerschmitt Me 262. Walaubagimanapun, ia dikembangkan terlalu lewat untuk mengubah arah perang.

29) Ketika Perang Dunia Kedua, hamburger (burger ham) digelar "Liberty Steak" untuk mengelakkan sebutan seperti bahasa Jerman.

30) Simbol fasis Itali adalah "Fasces", ikatan batang terikat sebagai simbol kuasa Rom purba.

31) NAZI membunuh berjuta-juta orang Polandia. Tetapi,mereka menyangka beberapa bayi Polandia kelihatan seperti  Jerman dan menculik dalam 50,000 daripada mereka untuk dijadikan anak angkat kepada ibu bapa berbangsa Jerman.

32) Walaupun Jepun berada di sisi Britian, Perancis dan Amerika Syarikat ketika Perang Dunia Pertama, mereka berasa ditipu apabila gagal mendapatkan banyak wilayah ketika perjanjian damai dibentuk. Selain itu, pada tahun 1920 kerajaan Jepun berada di bawah kawalan nasionalis fanatik dan bersekutu dengan tentera yang akhirnya mendorong untuk berada di sisi Jerman.

33) Senjata artileri yang paling berkuasa yang dicipta pelbagai negara dan diguna dalam Perang Dunia Kedua dinamakan Karl sempena nama perekanya, Jeneral Kael Becker. Kebanyakannya diguna untuk menentang Rusia. Senjata ini boleh menembak 2.5 tan shell lebih 3 batu. Shell itu adalah 24 inci lebar dan boleh melalui lapan hingga 9 kaki konkrit.

34) Jerman mempunyai 3,363 jeneral ketika perang manakala Amerika Syarikat hanya mempunyai lebih 1,500.

35) Jika menjadi keperluan untuk menjatuhkan bom nuklear ketiga di Jepun, bandar yang disasarkan adalah Tokyo.

36) Pada 14 Julai 1941, Soviet memperkenalkan senjata baru, Katyusha yang boleh menembak 320 roket dalam 25 saat. Lebih 50 tahun kemudian, Katyusha kekal sebagai senjata efektif.

37) Pada pilihan raya tahun 1928, kurang dari 3% Jerman mengundi parti NAZI. Pada 1938, Hitler adalah Man of The Year dalam majalan Time.

38) Pada tahun 1974, seorang askar Jepun yang bernama Hiroo Onoda (dari 1922) keluar dari hutan di pulau pasifik di Lubang. Dia telah sembunyi di sana selama 29 tahun dan tidak sedar negaranya telah menyerah kalah.

39) Dari 1942, Tentera Marin Amerika Syarikat di pasifik menggunakan bahasa Navajo (orang asli Amerika) sebagai kod rahsia. Contohnya, perkataan "hummingbird" (da-he-ti-hi) menjadi kod untuk pesawat pejuang. Dalam 400 Navajo dilatih untuk menggunakan kod ini dan tentera Jepun tidak pernah dapat memecahkannya.

40) Orang Rusia adalah yang pertama untuk mempunyai pasukan payung terjun (paratrooper). Tentera bersekutu lain pula sebaliknya sehingga Central Landing School (sekolah pusat pendaratan) dibuka di Manchester pada tahun 1940.

41) Gas beracun pertama kali digunakan pada Perang Dunia Kedua untuk menghapuskan kebuntuan perang parit. Walaupun semua kuasa mempunyai senjata kimia, hanya Jepun (di China) dan Itali (di Ethiopia) menggunakannya semasa Perang Dunia Kedua.

42) Hitler yang mereka bendera NAZI. Merah untuk idea sosial untuk Nazisme, putih untuk nasionalisme dan swastika hitam untuk perjuangan lelaki Arya.

43) Mangsa Perang Dunia Kedua berjumlah di antara 50 hingga 70 juta orang. Lebih daripada 80% jumlah ini datang dari 4 negara iaitu Rusia, China, Jerman dan Poland. Lebih dari setengah mangsa ini adalah rakyat di mana kebanyakan dari mereka adalah wanita dan kanak-kanak.

44) Perang Dunia Kedua adalah konflik yang paling merosakkan dalam sejarah. Ia memerlukan lebih banyak wang, merosakkan lebih banyak harta dan meragut lebih banyak nyawa, jauh berbeza daripada mana-mana perang dalam sejarah.

Comments

Popular posts from this blog

Fakta Mengenai Rama-Rama

Fakta Mengenai Bunga Matahari

Fakta Mengenai Kura-Kura