Skip to main content

Fakta Mengenai Adolf Hitler

fakta adolf hitler


1. Hubungan Adolf Hitler dengan seseorang yang paling lama adalah dengan Eva Braun (1912-1945). Eva Braun pernah cuba untuk bunuh diri dua kali dalam usaha untuk mendapatkan lebih perhatian dari Hitler.

2. Hitler dan Eva Braun berkahwin pada tahun 1945 dan bunuh diri mereka 36 jam kemudian. Braun ketika itu berumur 33 tahun manakala Hitler berumur 56 tahun.

3. Keluarga Hitler secara beberapa generasi adalah kelurga petani, pekebun-pekebun kecil di Waldviertel.

4. Bapa Hitler telah berkahwin sebanyak tiga kali. Mula-mula dengan wanita yang lebih tua darinya kemudian dengan wanita yang cukup muda untuk menjadi anaknya.

5. Kedua-dua ibu bapa Hitler meninggal sebelum dia berumur 19 tahun. Ibunya mati kerana barah payudara pada tahun 1907 ketika Hitler berumur 18 tahun. Bapanya meninggal kerana pendarahan pleural pada tahun 1903, ketika Hitler berumur 14 tahun.

6. Hitler pernah dianugerah pingat Iron Cross kelas kedua pada tahun 1914. Dia dianugerahkan pingat Iron Cross kelas pertama pada tahun 1918. Dia juga pernah dianugerah Black Wound Badge pada 18 Mei 1918.

7. Sifat perkauman dan dasar supremasi Hitler telah membawa kepada pembunuhan 11 juta orang termasuk 6 juta yahudi.

8. Hitler percaya Jerman kalah pada perang dunia pertama kerana tentera Jerman "ditikam dari belakang".

9. Hitler tidak lahir di Jerman walaupun dia menjadi Canselor Jerman. Dia lahir di Austria.

10. Kedua-dua bapa dan ibu Hitler adalah Katolik.

11. Hitler tidak pernah belajar memandu walaupun dia menerajui pembangunan kereta Volkswagen.

12. Hitler pernah dipenjara pada tahun 1923 ketika dia mengambil bahagian dalam Beer Hall Putsch, yang merupakan suatu percubaan untuk menggulingkan kerajaan .Ketika dalam penjara,dia menulis mengenai riwayat hidupnya, Mein Kampf (perjuanganku)

13. Hitler adalah anak keempat dalam 6 anak. Adik beradiknya yang lebih tua, Gustav, Ida dan Otto mati masa kanak-kanak. Adik lelakinya Edmund mati kerana campak pada tahun 1900, ketika Hitler berumur 11 tahun. Hanya adik perempuannya Paula yang selamat hingga dewasa.

14. Bertentangan dengan kehendak ayahnya untuk dia menjadi pegawai negeri, impian Hitler adalah untuk menjadi artis. Walaubagaimanapun, dia ditolak oleh Akademi Seni Halus Vienna sebanyak dua kali (1907,1908).

15. Sebagai seorang remaja, Hitler benci sekolah. Dia juga hanya memuji seorang sahaja guru, Dr. Potsch, seorang guru sejarah yang memperkenalkannya kisah-kisah kepahlawanan wira-wira dari masa lalu Jerman.

16. Hitler pernah cedera parah dua kali ketika perang dunia kedua.cPada oktober 1916,cdia cedera kerana serpihan bom tangan. Pada oktober 1918,dia buta sementara kerana serangan gas.

17. Hitler pernah merancang untuk membunuh Sir Winston Churchill dengan meletupkan coklat. Pembuat bom Hitler melapiskan alat peledak dengan lapisan nipis coklat gelap dan membungkusnya dengan kertas emas. Ejen British berjaya menggagalkan rancangan itu.

18. Komposer kegemaran Hitler adalah Richard Wagner.

19. Sesetengan ahli sejarah percaya Hitler mempunyai seorang anak lelaki dengan seorang remaja Perancis ketika berkhidmat sebagai askar semasa Perang Dunia Pertama. Hitler dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan seorang perempuan bernama Charlotte Lobjoie, yang berumur 16 tahun ketika itu pada Jun 1917. Anak mereka Jean-Marie Loret mati pada 1985 ketika berumur 67. Dia tidak pernah jumpa bapanya tetapi dia menentang Nazi semasa perang dunia kedua.

20. Berat Hitler adalah dalam 70.3 kilogram dan tingginya kurang dari 177.8 sentimeter. Walaubagaimanapun, beratnya hanyalah anggaran kerana dia enggan untuk menanggalkan pakaian walaupun untuk pemeriksaan perubatan.

21. Apabila dia sudah berumur 50 tahun pada 20 April 1939, Hitler memberitahu jeneral-jeneralnya yang dia ingin berperang semasa dia masih kuat.Kurang dari 5 bulan kemudian, pada 1 September, dia menyerang Poland dan Perang Dunia Kedua bermula. Franklin D. Roosevelt (FDR)  ketika itu berumur 57 tahun dan Sir Winston Churchill 65 tahun.

22. Hitler adalah Man of The Year dalam majalah Time pada tahun 1938.

23. Ibu Hitler, Klara Hitler (1860-1907) adalah yang paling tua dalam 3 daripada 11 kanak-kanak yang terselamat. Secara rasminya, bapa Hitler, Alois Hitler dan ibu Hitler adalah sepupu kedua dan memerlukan izin kerajaan untuk berkahwin.

24. Lama selepas perkahwinan ibu-bapa Hitler, ibu Hitler, Klara tidak dapat menghentikan tabiat untuk memanggil suaminya "pak cik".

25. Hitler secara singkat tiada tempat berteduh selepas ibunya meninggal dan selepas dia ditolak dari sekolah seni untuk kedua kali.

Comments

Popular posts from this blog

Fakta Mengenai Rama-Rama

Fakta Mengenai Bunga Matahari

Fakta Mengenai Kura-Kura