Skip to main content

Fakta Mengenai Sir Winston Churchill

fakta winston chruchill


1. Winston Churchill pernah menyediakan rancangan serangan mengejut terhadap Kesatuan Soviet (Soviet Union). Ia digelar "Operation Unthinkable". Rancangan ini akan mempersenjatai semula (rearmed) 100,000 bekas tentera Nazi dan memulakan perang dunia ketiga hampir sebelum perang dunia kedua tamat.

2. Winston Churchill dan Mahatma Gandhi adalah musuh. Churchill suka jika membiarkan Gandhi mati jika dia mati kerana kebulur dan ketika 'Kebuluran Bengal' pada tahun 1943, dia memberi respon kepada permintaan bantuan makanan kepada India. Melalui telegram, dia bertanya, jika makanan sukar didapati, "kenapa Gandhi belum mati?".

3. Anak Winston Churchill, Theodore Roosevelt, dan Ronald Reagan semuanya mendakwa pernah ternampak hantu Abraham Lincoln di White House.

4. Apabila Winston Churchill berlayar dengan kapal ketika perang dunia kedua, dia mempunyai bot penyelamat yang dipasang mesingan supaya boleh menentang daripada ditangkap.

5. Pada tahun 1953, Winston Churchill memenangi Hadiah Nobel.

6. Winston Churchill membawa 60 botol minuman keras bersamanya ketika dia bersedia untuk Perang Boer.

7. Ketika lawatannya ke White House pada tahun 1941 ,Churchill banyak meluangkan masa peribadinya untuk berbogel dan minum brendi.

8. Pengawal peribadi Churchill, Walter H. Thompson telah menyelamatkan nyawa Churchill lebih 20 kali.

9. Churchill pernah dilanggar oleh sebuah kereta ketika melawat New York City pada tahun 1931.

10. Pada tahun 1943, Churchill membiarkan berjuta-juta orang India kebulur hingga mati di dalam ' Kebuluran Buatan Manusia ' dengan enggan untuk melepaskan catuan makanan sebaliknya mengeksport makanan keluar dari India.

11. Penggunaan istilah yang "OMG" pertama kali digunakan dalam sepucuk surat untuk Winston Churchill.

12. Churchill suka melakukan penerapan bata di waktu lapangnya dan membina beberapa dinding di rumahnya di Chartwell.

13. Lady Astor, ahli parlimen wanita British yang pertama sentiasa bertentangan dengan Winston Churchill. Semasa di suatu perdebatan, Lady Astor mengumumkan jika dia berkawhin dengan Churchill, dia akan meletakkan racun di dalam teh Churhchill. Respon Churchill , " Puan, jika saya adalah suami awak, saya akan minum teh itu".

Comments

Popular posts from this blog

Fakta Mengenai Rama-Rama

Fakta Mengenai Bunga Matahari

Fakta Mengenai Kura-Kura