Skip to main content

Fakta Mengenai Mark Zuckerberg

fakta mark zuckerberg


1. Taip @[4:0] di ruangan komen di Facebook dan nama Mark Zuckerberg akan muncul.

2. Kita tidak boleh block akaun Mark Zuckerberg di Facebook.

3. Ketika remaja, Mark merupakan seorang Atheis.

4. Bapa Mark, Edward Zuckerberg mendaftarkan Mark dalam kursus siswazah komputer di kolej yang berhampiran. Ketika ayahnya menemankan Mark di kolej di kelas pertamanya, pengajar melihat Edward dan menunjuk Mark sambil berkata "awak tak boleh bawa dia ke kelas dengan awak". Edward kemudian memberitahu bahawa Mark lah pelajar sebenar.

5. Di sebuah majlis di malam jumaat, Mark berjumpa dengan Priscilla Chan (sekarang isteri Mark) seorang Cina Amerika dari Boston. Mereka kemudiannya bercinta.

6. Supaya boleh berkomunikasi dengan keluarga Priscilla, Mark mula belajar bahasa Cina pada tahun 2010.

7. Pada tahun 2009, Mark memakai tali leher sepanjang tahun sebagai simbol betapa seriusnya tahun itu berikutan dengan kemelesetan yang bermula pada tahun 2008.

8. Pada tahun 2011, Mark menjadi seorang vegetarian dan berkata yang dia hanya memakan daging haiwan yang dia bunuh sendiri.

9. Kereta pertama Mark adalah Subaru Forester SUV.

10. Biru adalah warna kegemaran Mark..

11. Mark juga ada mencipta beberapa permainan komputer.

12. Mark mula meminati programming ketika ibu-bapanya menghadiahkan dia buku "C++ for Dummies".

13. Selebriti kegemaran dia juga termasuk Daft Punk, Lady Gaga, Shakira dan Rihanna.

14. Quotes kesukaannya adalah "Fortune favours the bold," oleh Virgil, Aeneid X.284; "All children are artists. The problem is how to remain an artist once you grow up," oleh Pablo Picasso; "Make things as simple as possible but no simpler," oleh Albert Einstein.

15.Eduardo Saverin, salah satu daripada empat pengasas Facebook selain Mark telah menyediakan 1000 dollar sebagai modal awal untuk memulakan Facebook.

16. Mark Zuckerberg dan isterinya, Priscilla  Chan adalah dermawan Amerika Syarikat yang dianggap paling mulia pada tahun 2013 dengan sumbangan 18 juta saham facebook kepada Silicon Valley nonprofit yang bernilai lebih 970 juta dollar pada bulan disember.

17. Minat Mark dalam memprogram komputer cukup ketara. Ketika dia di sekolah menengah,dia sudah menggunakan komputer dan menulis perisian untuk mereka.

18. Mark dan kakaknya sangat suka mengenakan orang (prank). Dulu, Mark dan kakaknya Randi pernah membuat prank pada  tahun 1999 dan ia sangat berkesan dan bersejarah bagi Mark. Ketika itu, semua orang risau mengenai Y2K iaitu teori bahawa bug dalam program data komputer akan merosakkan banyak sistem berkomputer di dunia apabila sudah sampai tahun 2000. Mark tahu, ibu bapanya risau mengenai Y2K jadi dia dan kakaknya tunggu hingga tepat tengah malam lalu menutup kuasa di rumah mereka supaya ibu bapa mereka sangka Y2K akhirnya menjadi kenyataan.

19. Mark bersama teman sekelasnya di Phillips Exeter Academy menulis program muzik dipanggil Synapse. Program itu menggunakan kecerdasan buatan untuk menganalisis tabiat mendengar muzik pengguna dan menggunakan maklumat itu untuk mencadangkan muzik lain.

20. Program itu mendapat banyak ulasan yang menguntungkan sehingga kedua-dua AOL dan Microsoft menunjukkan minat untuk membelinya dalam harga 1 juta dollar. Mereka juga ingin mengupah Mark untuk mengembangkannya namun dia juga harus berhenti sekolah. Jadi dia menolak.

21. Mark juga mencipta Facemash, program yang bertujuan mencari siapakah orang yang paling menarik di kampus. Namun,ia seperti lebih kepada prank yang dia pernah main ketika kecil.

22. Nama domain Facemash.com, pendahulu kepada Facebook yang Mark cipta pada tahun 2003, dijual pada tahun 2010 dengan harga 30,201 dollar.

Comments

Popular posts from this blog

Fakta Mengenai Rama-Rama

Fakta Mengenai Bunga Matahari

Fakta Mengenai Kura-Kura