Skip to main content

Fakta Mengenai Perang Dunia Pertama

fakta perang dunia pertama


1. Sekumpulan pelombong secara diam-diam menggali terowong di bawah parit ketika perang untuk meletakkan dan meledakkan periuk api di situ. Ledakan itu menghapuskan banyak barisan hadapan tentera Jerman. Ledakan ini berlaku di Perancis dan didengari sehingga London (sejauh 140 batu).

2. Askar termuda adalah Sidney Lewis, yang berumur 12 tahun ketika itu. Dia memalsukan umurnya di dalam pendaftaran.

3. Walaupun tidak mendapat kewarganegaraan di Amerika Syarikat sehingga tahun 1924, hampir 13,000 penduduk asli Amerika bertempur dalam perang. Lebih  200,000 ribu tentera Amerika-Afrika (orang kulit hitam) berkhidmat tetapi hanya 11% dalam pertempuran dan ia di dalam divisyen yang diasingkan.

4. Kereta kebal juga ada jantina. Pada permulaan perang, kereta kebal dikumpulkan mengikut jantina. Kereta kebal jantan mempunyai meriam manakala kereta kebal betina membawa mesingan.

5. Di Amerika Syarikat, kecurigaan terhadap orang Jerman amat tinggi sehingga anjing gembala Jerman dibunuh. Nama frankfurters, hamburgers, sauerkraut dan dachshunds semua ditukar kepada nama Amerika. Bahasa Jerman berhenti diajar di Amerika dan buku-buku dalam bahasa Jerman sedangkan ia adalah bahasa yang kedua paling banyak digunakan di Amerika Syarikat sebelum perang.

6. Pada Perang Dunia Pertama, banyak kulit wanita menjadi kekuningan ketika menyertai pasukan kerja. Mereka yang bekerja dengan TNT mendapati kulit mereka kekuningan kerana mendapat penyakit kuning beracun.

7. Pelat lesen milik Franz Ferdinand adalah kebetulan yang aneh. Archduke Franz Ferdinand dan isterinya dibunuh pada 28 Jun 1914. Peristiwa ini mendorong kepada bermulanya perang. Anehnya,nombor pelat Archduke adalah A 111 118, sebuah siri yang juga boleh dibaca sebagai "Armistice 11 November '18".(tarikh hari gencatan senjata)

Comments

Popular posts from this blog

Fakta Mengenai Rama-Rama

Fakta Mengenai Bunga Matahari

Fakta Mengenai Kura-Kura