Skip to main content

Fakta Mengenai YouTube

fakta youtube


1. YouTube diasaskan oleh Chad Hurley, Steven Chen dan Jawed Karim. Mereka ialah bekas pekerja PayPal. Mereka mendaftar domain pada Februari 2005. Ia dilancarkan secara rasmi pada bulan Disember dalam tahun itu.

2. Video pertama yang dimuat naik ke YouTube adalah "Me at the Zoo" mengenai Jawed Karim bercakap mengenai ukuran belalai gajah.

3. "Me at the Zoo" dimuat naik pada 23 April 2005 dengan panjang hanya beberapa saat. Ia mendapat views lebih 16 juta dan mendapat lebih 111,000 komen.

4. YouTube adalah enjin pencari kedua terbesar selepas Google. Lebih besar dari gabungan Bing, Yahoo! dan Ask.

5. Ia mengambil masa 1,700 tahun untuk menonton semua video di YouTube yang dari 2005 (tahun ia dicipta) sehingga 2010.

6. YouTube mendapat lebih 800 juta 'unique visitors' (pelawat unik) setiap bulan. Lebih banyak dari populasi seluruh Eropah.

7. Steven Shih Chen (Steven Chen), salah seorang pengasas YouTube lahir di Taipei, Taiwan. Dia berpindah ke Amerika Syarikat ketika berumur 8 tahun. Bapanya memiliki sebuah syarikat perdagangan yang berjaya dan berpindah ke Amerika Syarikat untuk mengembangkan bisnesnya.

8. Steven Chen meninggalkan kolej beberapa bulan sebelum tamat pengajian untuk bekerja di Confinity, sebuah syarikat yang memulakan dan mencipta PayPal.

9. Salah seorang pengasas YouTube, Chad Meredith Hurley (Chad Hurley) lahir di Birdsboro, Pennsylvania pada tahun 1977. Bapanya adalah seorang perunding kewangan manakala ibunya seorang guru.

10. Chad Hurley adalah seorang atlet dan artis ketika di sekolah tinggi. Chad bersekolah di Twin Valley High School di Pennsylvania. Dia pernah menjadi johan 2 kali dalam merentas desa peringkat negeri pada tahun 1992 dan 1994.

11. Selepas tamat pengajian di kolej, Chad Hurley bekerja di Confinity, syarikat yang mencipta PayPal. Dia mereka logo PayPal sebagai sebahagian temu duga kerja. Logo itu menjadi logo rasmi PayPal. Dia juga adalah designer pertama syarikat itu dan pekerja kesepuluh.

12. Lagi salah satu pengasas YouTube, Jawed Karim dilahirkan di Merseburg, Jerman pada Mei 1979. Karim berpindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1992.

13. Kedua-dua ibu-bapa Karim adalah saintis. Bapanya Naimul adalah ahli kimia Bangladesh. Ibunya Christine adalah profesor bio kimia Jerman di University of Minnesota.

14. Karim pernah mencipta sistem email untuk sekolahnya St. Paul Central High School.

15. Versi terawal YouTube adalah Tune In Hook Up, yang berasal dari laman popular Hot or Not. Pengasas-pengasas YouTube kemudian memutuskan agar laman web mereka tidak fokus pada satu jenis video sahaja tetapi pelbagai jenis video.

16. Beberapa negara telah menyekat YouTube. Salah satunya adalah China.

17. Setiap bulan, lebih 6 bilion jam video ditonton di YouTube.

18. Pada tahun 2013, YouTube adalah laman web keempat paling banyak dilawat selepas Google, Facebook dan Yahoo!.

19. Lebih banyak kandungan video dimuat naik ke YouTube dalam 60 hari berbanding tiga rangkaian televisyen utama di Amerika Syarikat yang dicipta dalam 60 tahun.

20. Sebuah syarikat yang dinamakan Universal Tube & Rollform di Ohio mempunyai nama domain yang sama iaitu Utube.com. Mereka mendapat trafik yang banyak daripada orang yang salah eja YouTube menjadi Utube. Utube.com sekarang adalah UtubeOnline.com.

21. Secara purata, lebih 400 minit tweets setiap minute yang mengadung link YouTube.

22. YouTube mempunyai lebih 10,000 rakan kongsi pengiklanan termasuk Turner dan Disney.

23. Video Rebecca Black, "Friday" mendapat 3.1 juta dislikes di YouTube sebelum video itu dipadam.

24. Video Justin Bieber, "Baby" di YouTube mendapat dislikes sebanyak lebih 4 juta.

25. Pada Oktober 2006, Google membeli YouTube dengan harga 1.65 bilion dollar, hanya 18 bulan selepas YouTube dicipta. Karim menerima 66 juta dollar, Chen 310 juta dollar dan Hurley 334 juta dollar.

26. Nama "YouTube" dan moto "Broadcast Yourself" mencerminkan harapan para pengasas bahawa sesiapa sahaja boleh menggunakan laman itu secara bebas.

27. Pada September 2005, iklan Nike bintang bola sepak, Ronaldinho bertajuk "Touch of Gold" menjadi video Youtube yang pertama mendapat views sebanyak 1 juta.

28. Pada tahun 2006, ketika Google membeli YouTube, YouTube telah kehilangan wang dalam kadar 500,000 dolar sebulan walaupun popularitinya besar. Walaubagaimanapun, Google melihat potensi pengiklanannya besar.

29. Setiap saat, terdapat 46,296 video YouTube sedang ditonton di seluruh dunia.

30. YouTube pada awalnya bermula di garaj Chad Hurley.

31. Menurut Google, demokrasi barat telah berusaha untuk menapis kandungan politik di YouTube termasuk agensi-agensi kerajaan di Kanada, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

32. Lebih 70% pelawat YouTube adalah di luar Amerika Syarikat.

33. Secara purata, pelawat YouTube mengakses laman web ini 14 kali setiap bulan.

Comments

Popular posts from this blog

Fakta Mengenai Rama-Rama

Fakta Mengenai Bunga Matahari

Fakta Mengenai Kura-Kura