Skip to main content

Fakta Mengenai Bill Gates

fakta bill gates


1. Sehingga April 2010, Bill Gates telah menderma lebih 36,854,000,000 dolar sepanjang hayatnya.

2. Ketika majlis perkahwinannya, Bill Gates menyewa setiap bilik di hotel yang digunakan mereka dan sewa setiap helikopter agar berada dekat di Kepulauan Hawaii di Lanai semata-mata untuk menjaga privasi isterinya.

3. Bill Gates telah menyelamatkan lebih 5 juta nyawa dengan menghantar vaksin dan menaik taraf penjagaan kesihatan kanak-kanak dalam peringkat antarabangsa.

4. Pada tahun 1998, Bill Gates menjana 1 juta dolar setiap jam dan hampir 300 dolar setiap saat.

5. Bill Gates pernah menulis surat untuk Steve Jobs ketika dia sedang nazak.

6. Ketika berumur 21 tahun, Bill Gates pernah ditangkap kerana memandu laju sebuah Porsche 911.

7. [sambungan nombor 6] Dengan segera,  dia dapat mengikat jamin dirinya menggunakan hanya duit yang ada di dalam dompetnya.

8. Bill Gates pernah menerima pangkat kesateria dari Ratu Britain tetapi, dia tidak boleh menggunakan gelaran "Sir" kerana dia berwarganegara Amerika Syarikat.

9. Apabila tetamu memasuki rumah Bill Gates, mereka memakai pin yang membolehkan mereka mengubah suhu, muzik, dan cahaya secara automatik mengikut kehendak mereka.

10. Bill Gates menawarkan 100,000 dolar kepada saintis yang mencipta kondom yang memelihara dan meningkatkan 'keseronokan' supaya penggunaan kondom meningkat.

11. Walaupun sekarang dia lelaki paling kaya di dunia, tetapi Bill Gates adalah lelaki ke enam paling kaya dalam sejarah.


Comments

Popular posts from this blog

Fakta Mengenai Rama-Rama

Fakta Mengenai Bunga Matahari

Fakta Mengenai Kura-Kura