Skip to main content

Fakta Mengenai Jessica Alba

fakta jessica alba

1. Ketika berusia 11 tahun, dia memenangi pertandingan berlakon di Beverly Hills. Salah satu hadiah utama ialah kelas lakonan percuma. Dia menang dan tidak lama kemudian, dia mendapat kelas lakonan pertama dalam hidupnya.

2. Ayahnya bekerja dalam Tentera Udara menyebabkan mereka pernah berpindah banyak kali.

3. Dia pernah digelarkan Wanita Selebriti Terseksi oleh Victoria's Secret.

4. Nama panggilan Jessica adalah Sky Angel dan Albz.

5. Jessica adalah seorang gadis yang bijak. Dia lulus dari sekolah tinggi ketika berumur 16 tahun.

6. Pads 7 Jun 2008, Jessica melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan Honor Marie Warren. Gambar bayi tersebut muncul pertama kali di majalah OK!. Dilaporkan majalah OK! membayar $1.5 juta (dolar) hanya untuk gambar.

7. Bapa Jessica Alba adalah orang Mexico manakala ibunya berketurunan Peranchis dan Danish. (orang Denmark).

8. Nama penuhnya adalah Jessica Marie Alba, lahir di Pomona, California pada 28 April, 1981.

9. Jessica mempunyai asma sejak kecil.

10. Jessica juga mendapat jangkitan buah pinggang pada tahun 2001 yang menjadikan dia aneroxic pada tahun yang sama.

11. Jessica Alba pernah berkata yang dia sangat sederhana dan tidak akan bergaya dalam keadaan bogel dalam majalah mahupun 'topless' (mendedahkan bahagian atas tubuh), juga tidak akan berlakon dalam adegan bogel dalam filem.

12. Jessica pernah betul-betul diculik selepas menerima ugutan dalam panggilan telefon ketika pengeluaran Flipper (sebuah rancangan bersiri). Dia ditemui tanpa kecederaan di dalam bonet sebuah kereta.

13. Ketika isu Mac 2006 dalam Majalah Playboy, mereka ( Majalah Playboy ) menggunakan gambar Jessica Alba tanpa kebenaran Jessuca. Jessica kemudian menyaman syarikat itu tetapi saman itu tidak jadi selepas Hugh Hefner meminta maaf dan kemudian menderma kepada dua pertubuhan amal yang disokong oleh Jessica Alba.

14. Dia suka bermain golf.

15. Pada tahun 2010, seorang gadis Cina menjadi tajuk utama akhbar selepas berkata yang dia ingin menjalankan pembedahan plastik supaya kelihatan seperti Jessica Alba untuk mendapatkan bekas kekasihnya kembali.

16. Jessica pernah berkata yang dia mula menyediakan makanan sendiri ketika masih kecil kerana tabiat makan keluarganya menjadi faktor kepada masalah berat badannya.

17. Jessica Alba pernah disebut dalam lagu D-12 bertajuk "My Band". [info : Salah satu anggota D-12 adalah Eminem].

Comments

Popular posts from this blog

Fakta Mengenai Rama-Rama

Fakta Mengenai Bunga Matahari

Fakta Mengenai Kura-Kura