Skip to main content

Fakta Tentang Bumi

fakta bumi

1. Terdapat emas yang sangat banyak di dalam teras bumi dan cukup untuk membanjiri seluruh permukaan bumi.

2. Teras dalam bumi mempunyai suhu yang sama seperti suhu matahari.

3. Bumi adalah planet yang paling padat berbanding planet-planet lain di sistem suria.

4. Petir menyambar bumi lebih 8.6 juta setiap hari.

5. Kesan rumah hijau amat merbahaya kepada atmosfera bumi. Namun, tanpa sedikit kesan rumah hijau, suhu bumi boleh jatuh sehingga -18 darjah celcius.

6. Plat bumi masih bergerak. Namun pergerakan plat bumi hanya beberapa inci sahaja setahun iaitu lebih kurang hampir sama laju dengan kadar kelajuan kuku manusia memanjang.

7. Orbit bumi semakin perlahan. Kira-kira 2 mili saat lebih perlahan setiap seratus tahun.

8. Kutub Utara tidak ada tanah. Hanya lautan ais.

9. Hanya 5% sahaja lautan yang sudah diterokai manusia.

10. Antartika adalah tempat yang paling sesuai untuk mencari meteorit. Hal ini kerana keadaan landskap yang bersalji dan kurang tumbuh-tumbuhan.

11. Walaupun gunung Everest adalah gunung yang tertinggi di bumi, namun titik yang paling hampir ke angkasa lepas bukan puncak gunung ini sebaliknya gunung Chimborazo. Gunung Everest adalah gunung yang paling tinggi jika dikira dari aras laut namun gunung Chimborazo berada di kedudukan yang lebih tinggi di bonjolan bumi.

12. Bunga yang terbesar di dunia adalah bunga Rafflesia. Namun tahukah anda bunga ini juga bunga yang paling busuk?

13. Berat seseorang akan bertambah sebanyak 0.4 kilogram jika berada di Kutub Utara.

14. Bunga berwarna hitam tiada di bumi. Sebaliknya yang ada ialah bunga berwarna ungu atau merah gelap.

15. Pokok yang diketahui paling tinggi di bumi adalah sejenis redwood di hutan California dan diberi nama "Hyperion". Ketinggiannya dua kali ganda tinggi Statue of Liberty.

16. Bumi menjejalah angkasa lepas selaju 107,826.05 kilometer per jam. Ini bermakna, semua penduduk bumi sudah bergerak sejauh 107,826.05 kilometer semenjak sejam yang lalu.

17. Gurun Sahara meliputi 1/3 benua Afrika.

18. Lautan Atlantik adalah lautan yang paling masin secara purata berbanding lautan utama di bumi.

19. Bumi adalah satu-satunya planet di sistem suria yang tidak dinamakan sempena nama dewa-dewi Greek atau Rom.

20. Hanya 0.003% peratus sahaja air di bumi yang boleh digunakan oleh manusia.

21. Tempat yang paling kering di bumi adalah Gurun Atacama di Chile. Hujan tidak pernah dilaporkan turun di beberapa tempat di gurun itu.

22. Terdapat dalam 3 trilion pokok yang ada di bumi iaitu kira-kira 422 pokok untuk setiap orang. Namun, bumi telah kekurangan hampir separuh daripada jumlah pokok semenjak peradaban manusia. Lebih 15 bilion pokok ditebang atau musnah setiap tahun kesan daripada aktiviti manusia.

23. Jika bumi ada terowong atau lubang yang tembus dari hujung bumi ke bahagian hujung bumi yang lain, ia akan mengambil masa 42 minit untuk jatuh melaluinya.

24. Sejuta bumi boleh muat di dalam matahari.

25. Setiap hari, sebanyak 10 hingga 20 gunung berapi meletus di sesuatu tempat di bumi. Namun, kebarangkalian untuk gunung-gunung meletus serentak hampir mustahil.

26. Bumi sebenarnya tidak 100% berbentuk sfera.

27. Jarak antara bumi dan matahari ialah 150 juta kilometer.

28. Bumi adalah satu-satunya planet di sistem suria yang mempunyai atmosfera mengandungi 21% oksigen.

29. Bumi sebenarya tidak mengambil masa 24 jam untuk berputar pada paksinya sebaliknya 23 jam, 56 minit dan 4 saat.

30. Jumlah hari dalam setahun di bumi bukan 365 hari. Angka yang tepat ialah 365.2564 hari. Tambahan .2564 hari itulah penyebabnya mengapa ada hari tambahan pada bulan februari setiap 4 tahun.

31. Bumi adalah satu-satunya planet yang diketahui yang mempunyai hidupan.

32. 70% permukaan bumi adalah lautan.
.

33. Bumi terdiri daripada 32% besi, 30% oksigen, 15% silikon, 14% magnesium, 3% sulfur, 2% nikel, 1.5% kalsium, 1.4% aluminium dan selebihnya ialah bahan lain.

KONGSIKAN DI FACEBOOK

Comments

  1. wah baru keren juga ya kalau kita cari tahu tentang fakta di bumi ini..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Fakta Mengenai Rama-Rama

Fakta Mengenai Bunga Matahari

Fakta Mengenai Kura-Kura