Skip to main content

Fakta Mengenai Buah Strawberri

fakta buah strawberri


1- Strawberri adalah satu-satunya buah yang benihnya di luar.

2- Belgium mempunyai Muzium Strawberri. Di kedai buah tangan di Le Musée de la Fraise (The Strawberry Museum/Muzium Strawberri), anda boleh membeli apa sahaja berkaitan strawberri dari jem strawberri sehingga lah bir strawberri.

3- Strawberri juga boleh dijadikan jeruk terutama jika dipetik hijau atau belum masak. Jika terlalu masak, boleh dibuat jem.

4- Strawberri mengandungi nitrat yang tinggi. Ini menunjukkan ia boleh meningkatkan darah dan aliran oksigen ke otot. Kajian mendapati seseorang yang memakan strawberri sebelum bersenam mempunyai daya tahan yang lebih besar untuk membakar lebih banyak kalori.

5- Strawberri dipercayai boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser tertentu. Buah ini kurang kalori dan mempunyai vitamin C ,B6, K, serat, asid folik, kalium dan asid amino yang tinggi.

6- Orang-orang Rom kuno menganggap strawberi mempunyai kuasa perubatan. Mereka menggunakannya untuk merawat segala-galanya seperti kemurungan, pengsan, demam, batu karang, bau mulut dan sakit tekak.

7- California menghasilkan dalam 80% strawberri di Amerika Syarikat.

8- Untuk menyimpan strawberri segar, basuh dan potong batangnya. Tetapi jika anda merancang untuk menyimpannya di dalam peti sejuk selama beberapa hari, tunggu sehingga sebelum dimakan jika hendak mencucinya. Membilas membuatkannya rosak.

ARTIKEL SEBELUM INI

- 44 Fakta Mengenai Perang Dunia Kedua. KLIK SINI untuk baca.

- Fakta Mengenai Perang Dunia Pertama. KLIK SINI untuk baca.

Comments

Popular posts from this blog

Fakta Mengenai Rama-Rama

Fakta Mengenai Bunga Matahari

Fakta Mengenai Kura-Kura